BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?“. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah?

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Untuk pengetahuan anda terdapat 2 cara untuk melabur dalam Unit Amanah iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang KWSP dari akaun 1.

1) Melabur menggunakan wang tunai

Terdapat 2 pilihan untuk anda sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump Sump + Regular Saving.

Kaedah Lump Sump

Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM 1,000 sahaja.

Kaedah Lump Sump + Regular Saving

Melalui kaedah kedua ini pula anda perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM 1,000 dan kemudian anda perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM 100. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda. Terdapat 13 bank yang menjadi pilihan iaitu:

– CIMB  Bank Berhad (CIMB)

– Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

– Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (BKRM)

– Citibank Berhad (CITI)

– Deutsche Bank Malaysia Berhad (DBB)

– Hong Leong Bank Berhad (HLBB)

– HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC)

– Malayan Banking Berhad (MBB)

– OCBC Bank Malaysia Berhad (OCBC)

– Publicbank Berhad (PBB)

– RHB Bank Berhad (RHB)

– Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCB)

– Bank of America Merrill Lynch (BAML)

2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1

Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke Unit Amanah. Sila layari laman sesawang KWSP ini. http://www.kwsp.gov.my/

P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s