ADAKAH SIMPANAN AKAUN 1 KWSP MENCUKUPI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?”. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang adakah simpanan akaun 1 KWSP mencukupi setelah bersara pada umur 55 tahun nanti?

ADAKAH SIMPANAN AKAUN 1 KWSP MENCUKUPI?

Contoh

Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila telah bersara nanti. (Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)

Andaikan umur anda sekarang adalah 25 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh selama 30 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara bukan? Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat setelah bersara pada umur 55 tahun nanti? Anggarkan wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 196,800? Adakah kita tahu sampai bila jangka hayat hidup kita? Tidak pasti bukan? Andaikan jangka hayat hidup hingga usia 75 tahun? Ini bermakna setelah bersara nanti anda hanya bergantung dengan wang simpanan KWSP sebanyak RM 196,800 selama 20 tahun?

Anda merancang untuk bersara pada umur 55 tahun

20 Tahun = RM 196,800

1 Tahun = RM 9,840 (RM 196,800/20 Tahun)

1 Bulan = RM 820 (RM 9,840/12 Bulan)

Adakah nilai wang RM 820 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimanakah pula dengan kos sara hidup, hutang, kesan Inflasi setelah bersara nanti?

Tahukah anda simpanan Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:

I. Umur 55 Tahun

II. Kematian

III. Pelaburan Amanah Saham, Saham Amanah, Unit Amanah, Unit Trust, Mutual Fund

Melabur Akaun 1 KWSP dalam Unit Amanah

Objektif

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan Memohon

1. a) Warganegara Malaysia; ATAU

b) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU

C) Bukan warganegara Malaysia:

*Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU

*Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP, DAN

3. Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000.

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 196,800 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

I) Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

II) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.

III) Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.

IV) Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.

V) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda.

VI) Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.

Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang layak untuk dilaburkan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak untuk dilaburkan.

Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur: (Berkuatkuasa 1 Januari 2014)

Umur
(Tahun)

Simpanan Asas
(RM)
Umur
(Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

18

1,000 37

54,000

19

2,000 38

59,000

20

4,000 39

64,000

21

5,000 40

69,000

22

7,000 41

76,000

23

9,000 42

81,000

24

11,000 43

88,000

25

13,000 44

95,000

26

15,000 45

102,000

27

18,000 46

109,000

28

21,000 47

117,000

29

24,000 48

125,000

30

27,000 49

134,000

31

30,000 50

143,000

32

34,000 51

153,000

33

37,000 52

163,000

34

41,000 53

174,000

35

46,000 54

185,000

36

50,000 55

196,800

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/

Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 20,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%

RM 20,000 – RM 13,000 = RM 7,000

RM 7,000 x 20% = RM 1,400

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,400.

Situasi 2

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 15,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%

RM 15,000 – RM 13,000 = RM 2,000

RM 2,000 x 20% = RM 400

Kelayakan

Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Jadual Simpanan Asas KWSP (Berkuatkuasa 1 Januari 2017)

P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang kalis Inflasi! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 30 tahun yang lepas. Waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan adalah dari sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s