KWSP TETAPKAN RM 228,000 SASARAN SIMPANAN MINIMUM UMUR 55 TAHUN?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah melalui KWSP? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi info daripada laman sesawang KWSP tentang KWSP tetapkan RM 228,000 sasaran simpanan minimum umur 55 tahun?

deenazmee-wordpress-comJadual 1

Kuantum Baharu Simpanan Asas Bermula Januari 2017

KUALA LUMPUR, 30 September 2016: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa kuantum baharu Simpanan Asas akan dinaikkan daripada RM196,800 kepada RM228,000 bermula 1 Januari 2017. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun.

Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang mencukupi untuk menampung kos persaraan asas apabila mencapai umur 55 tahun.  Kuantum baharu ini (rujuk Jadual 1) ditanda aras dengan kadar pencen minimum pekerja sektor awam yang telah dinaikkan dari RM820 kepada RM950 sebulan dari umur 55 hingga 75 tahun.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP Nurini Kassim berkata, “Kuantum Simpanan Asas ini disemak secara berkala berdasarkan kadar pencen minimum pekerja sektor awam setiap tiga tahun atau yang mana terdahulu. Semakan kali terakhir telah dibuat pada 2014.  Dengan mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup, jangka hayat yang semakin panjang dan peningkatan kadar inflasi, KWSP mengambil keputusan untuk menaikkan Simpanan Asas RM228,000 dari RM196,800.

“Semakan semula Simpanan Asas ini memerlukan ahli untuk mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk membolehkan mereka layak menyertai skim SPA-KWSP.  Skim ini memberikan ahli pilihan untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka melalui pemindahan sebahagian simpanan dari Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana unit amanah atau mandat peribadi oleh Institusi Pelaburan Dana (IPD) yang dilantik di bawah SPA-KWSP.”

Nurini menerangkan bahawa Simpanan Asas ini digunakan sebagai panduan kepada ahli untuk menentukan jumlah yang boleh dipindahkan untuk pelaburan di bawah skim ini.

Bermula 1 Januari 2017, jumlah simpanan yang layak dilaburkan di bawah SPA-KWSP dinaikkan tidak melebihi 30 peratus melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 dari kadar semasa 20 peratus.

“Sebelum menyertai skim ini, ahli perlu rujuk kepada prospektus dan dokumen pendedahan untuk memahami produk pelaburan serta digalakkan berunding dengan penasihat kewangan terlebih dahulu.  Ahli yang mempunyai i-Akaun juga boleh rujuk kepada Portal Informasi SPA-KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana unit amanah di bawah skim ini serta IPD yang mengurus dana-dana tersebut,” kata Nurini.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang kalis Inflasi! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 30 tahun yang lepas. Waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan adalah dari sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s